Rancangan nak nak pi theme park kat WA memang dah lama terdetik di hati ini. Cuma x pasti kat mana tmptnya. Aku suarakan pada Nadzril...soh dia explore sikit prasarana kat WA ni. Aku memang x sabar nak naik roller coaster kat WA ni. Sejak pertama kali naik roller coaster kat seoul tekongwon terus aku ketagihan...macam rindu lak...bak kata Amelina semakin rindu semakin asyik hehehe mcm tulah aku dan roller coaster...semakin naik semakin asyik hehehe....entah berapa puluh kali dah aku naik tp still rasa membuak nak naik lagi. Sementalaah belum mencapai umur2 yg kritikal....umur di mana mata hanya mampu terpaku...nafsu akan terbelenggu...maklumlah...dah tua tua besok kan...mcm2 lah kan...darah tinggi la..semput la..Apapun aku doakan kesihatan aku berpanjangan...nanti jadi datuk pun leh temankan cucu naik roller coaster hahahahh...x tau la umur berapa nak jadi datuk heheheh...
Setelah menggunakan kepakaran mencari maklumat, Nadzril akhirnya menjumpai satu theme ark kat WA ni nama dia Adventure World...Dekat ja..x sampai sejam pun dari UWA. Kalu buat rombongan berbasikal pun x mungkin la kebas bontot hehehee. Plannya nak pergi sebelum aku balik Malaysia...tp atas kesuntukan masa dgn pelbagai perkara lain yg lebih prior, hajat itu diketepikan dulu buat sementara waktu. X per niat yg baik, Insya Allah akan membuahkan hasil yg baik. Bila hati sudah tekad, bila semangat sentiasa membara yg payah pun menjadi mudah. Hasil kesepakatan kami berdua, kami pun plan nak pi sana hari ini...hari ahad 3 Februari. Aku soh la Nadzril bawak dini sekali...tp Nadzril x mampu memberi persetujuan yg rasmi disebabkan sekali lagi khuatir kelasakan Dini x mampu dibendung oleh As hehehehe. Mungkin juga bimbang, mereka akan dilesukan dini sebelum sempat naik roller coaster lagi heheh. Aku ajak jugak si Amir dan Zai..Tp gayanya seakan2 tiada ciri2 keminatan. Ternyata mereka lebih rela menyedekahkan duit mereka ke Muzium Maritime ek kat Fremantle. Mereka nampaknya lebih suka melihat kapal2 klassik...usang dan horror dpd melaburkannya utk menghorrorkan diri sendiri di gelanggang roller coaster. Mungkin mereka kecut kot...hehehe Ahh... ternyata mereka amat meminati sejarah...semestinya mendpt A1 dlm SPM hahahaha. Aku nak ajak Zury, Jue dan Mashitah tp masa dlm kete nak ke rumah Jac semalam..aku ada gerak hati yg mereka mempunyai rancangan exclusive hari ni. Entah apa lah ek rancangan meletop dorang kali nih...ermmm...So aku malas nak kacau....biarlah aku bersantai bersama Nadzril aja heheh. Dah itu pun yg tersurat. No harm No offence :)
Sunday, February 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment